Pengenalan
Perancangan penubuhan Persatuan ini telah digerakkan pada 08hb. Ogos 2024, Persatuan ini telah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 09hb. Ogos 2024 dan menerima sijil rasmi kelulusan pada 08hb Oktober 2024 dengan nombor pendaftaran : PPM-009-06-08102024.
Persatuan ini kini dikenali sebagai Persatuan Alumni Sekolah Menengah Datuk Bahaman
Matlamat Penubuhan
- Menyatukan bekas pelajar-pelajar dan guru-guru dan kakitangan SMDB
- Mengambil bahagian dalam rancangan pembangunan dan kebajikan yang
akan memberi faedah kepada ahli pertubuhan, masyarakat dan sekolah. - Mengadakan pertandingan, kerjasama atau gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.
- Menjaga kebajikan am ahli-ahli.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk untuk ahli-ahli.
- Memupuk semangat persahabatan dan persefahaman di kalangan ahli.
- Memberi manfaat kepada kebajikan ahli dan sekolah.
- Mengeratkan hubungan antara ahli dan sekolah.
- Mengadakan aktiviti sesama ahli dan sekolah.
- Menjalinkan kerjasama diantara Persatuan ,Sekolah dan PIBG di dalam dan diluar.


Keterangan Logo

Lambang Diraja, Sultan Negeri Pahang.
Kebersihan Rohani dan Jasmani- Memupuk setia kawan dan toleransi dikalangan Bekas Pelajar dan Guru.
Darah Pahlawan, Menyatukan Bekas Pelajar-Pelajar dan Guru-Guru dalam satu perjuangan.
Perpaduan dan Keharmonian- Kepelbagaian Bangsa, Etnik, Bahasa dan Agama disatukan dibawah satu kesatuan berdaftar.